Monday, July 19, 2010

PERTANDINGAN DJ RADIO SEKOLAH SMKTP 2010

Pertandingan DJ Radio Sekolah SMKTP Peringkat Akhir telah dijalankan pada 16 Julai 2010 (Jumaat) pada jam 11.30 pagi. Pertandingan ini dianjurkan oleh PSS SMKTP yang dikelola oleh Cik Anisah Yusrina. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMKTP. 10 peserta telah dipilih ke peringkat akhir. Johan ialah Lim Zu Jian (3k13). Beliau telah menerima Sijil Penghargaan dan Vaucher bernilai RM20.00 Tempat kedua di menangi oleh Nor Izwani (3k13). Beliau turut menerima Sijil Penghargaan dan Vaucher bernilai RM15.00. Tempat ketiga dimenangi oleh Tay Shin Yi (2k12). Beliau menerima Sijil Penghargaan dan Vaucher bernilai RM12.00.

KEM KEPIMPINAN PPS SMKTP, KTN 2010

Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumer Sekolah ini telah dianjurkan oleh kaunselor SMKTP bertempat di Casuarina Resort, Pekan. Tarikh : 9 dan 10 JULAI 2010. Seramai 86 pps telah menyertai program ini.

Tuesday, July 6, 2010

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2010

KEPERLUAN PERLU DIBAWA SETIAP PESERTA
  1. 2 pasang kasut
  2. 1 pasang selipar
  3. Pakaian harian (Kemas/Kasual) selain daripada uniform sekolah
  4. Pakaian sukan/riadah
  5. Pakaian solat (Pelajar beragama Islam)
  6. Alat tulis
  7. Keperluan persendirian (seperti ubat-ubatan peribadi, sabun mandi, berus gigi, tuala mandi, kain/ seluar basahan dll)
  8. Lampu picit (jika ada)

DILARANG MEMBAWA/ MENGGUNAKAN SEMASA KURSUS
  1. Radio kaset/ Walkman
  2. Telefon bimbit
  3. Rokok/ Dadah
  4. Barang kemas
  5. Peralatan tajam/ senjata (semua jenis pisau, gunting dll)
  6. Bahan lucah (Gambar/ buku/ dll)
  7. Baju T bercorak/ Bergambar tidak sopan
  8. Baju T bergambar tulisan slogan parti/ kumpulan tertentu yang tidak berkaitan dengan aktiviti sekolah
  9. Seluar 'Jeans'
  10. Seluar yang telah diubahsuai (dikoyakkan/ dipendekkan/ ditampal)
  11. Kaset/ Risalah/ Poster/ Akhbar/ Bahan bacaan terbitan Parti Politik/ Kumpulan tertentu


PERATURAN KURSUS KEPIMPINAN
SMK TANAH PUTIH

A.PERATURAN AM
  • Patuh kepada semua peraturan yang termaktub dan arahan yang dibuat dari semasa ke semasa
  • Tidak dibenarkan keluar dari kawasan kem
  • Mesti mengikuti semua aktiviti
  • Sentiasa menepati masa atau lebih awal sebelum aktiviti bermula
  • Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
  • Kesopanan tutur kata dan tingkahlaku
  • Kebersihan tanggungjawab bersama
  • Sentiasa merujuk kepada Kem Komanden/Urusetia Seminar/Fasilitator
  • Menggunakan segala kemudahan yang terdapat di kawasan km dengan rasa penuh bertanggungjawab

B.TATACARA KURSUS/ AKTIVITI
  • Mesti mengikuti semua aktiviti dengan perhatian
  • Memberikan kerjasama dan melakukan aktiviti dengan semangat
  • Hadir lebih awal sebelum aktiviti bermula

C.PAKAIAN
  • Sentiasa berpakaian kemas dan sopan
  • Riadah :Pakaian PJ
  • Aktiviti lain :Sesuai, kemas dan sopan

D.DISIPLIN PESERTA
  • Kesedaran peserta akan keperluan menjaga disiplin diri
  • Disiplin diri adalah tanggungjawab individu dan kumpulan
  • Mematuhi peraturan secara sukarela

E.KESELAMATAN PESERTA
  • Keselamatan diri adalah tanggungjawab sendiri
  • Sensitive dengan sesuatu aktiviti
  • Bijak bertindak semasa kecemasan
  • Pelawat terdiri daripada ibu bapa sahaja dan hendaklah memohon kebenaran daripada urusetia terlebih dahulu

F.KECEMASAN, KECEDERAAN DAN SAKIT
  • Maklumkan kepada Urusetia/ Kem Komanden/ Fasilitator masalah kesihatan anda

G.PENGINAPAN
  • Jaga kebersihan, kekemasan dan keselamatan
  • 'Zero vandalisme' - kerosakan tanggungjawab peserta
  • Menginap/ tidur dalam bilik yang ditetapkan
  • Tidak dibenarkan bertukar bilik
  • Awasi kawasan larangan (kawasan bilik lain jantina)

H.WAKTU MAKAN/ MINUM DAN ADAB
  • Seperti dalam jadual yang diberikan
  • Tertaluk kepada pindaan
  • Berbaris dan tunggu giliran
  • Usah berebut-rebut

I.KESELAMATAN HAK MILIK PERIBADI
  • Keselamatan hak milik/ peralatan adalah menjadi tanggungjawab peserta
  • Pihak urusetia dan pengurusan Kem tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan, kerosakan, kecurian dan sebagainya


Wednesday, May 19, 2010

Hari Guru 17-5-10

Hari Guru Tahun 2010 telah diraikan bersama-sama dengan semua warga sekolah SMK Tanah Putih, Kuantan pada pagi 17 Mei 2010.


Hari Guru tahun ini bertemakan "Guru Pembina Bangsa Negara".

Pengawas Pusat Sumber SMKTP dan Pengawas sekolah telah ditugaskan sebagai AJK Sambutan pada pagi yang mulia ini.

Para PPS telah hadir untuk menyambut Hari Guru ini sebagai tanda PENGHORMATAN dan PENGHARGAAN... Badan Pengawas Pusat Sumber, Badan Pengawas dan Badan Ketua Tingkatan telah menghadiahkan sebuah kek kepada semua guru dan kakitangan SMK Tanah Putih.






Marilah kita sama-sama lihat gambar foto PPS yang menarik!

Tekan gambar di sebelah kanan ini.

Poster Hari Buku 2010

Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010, pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 4 (pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni) dikehendaki menyertai pertandingan melukis poster yang bertemakan "Membaca Memperkayakan Minda".

Senarai keputusan pertandingan melukis poster Hari Buku Sedunia seperti di bawah.

Tingkatan 3:

Tempat Pertama :
Teang Zhi Chew 3K13
(Sijil + Baucher RM15 - Kedai Buku Men Men SMKTP)
Lukisan :

Tempat Kedua :
Nor Izwani binti Zainal Abidin 3K13
(Sijil + Baucher RM7 - Kedai Buku Men Men SMKTP)
Lukisan :

Tempat Ketiga :
Chen Hui Bing 3K13
(Sijil + Baucher RM2 - Kedai Buku Men Men SMKTP)
Lukisan :

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu 2010

Ibu, saat mutiara kabulmu jatuh satu-persatu

Saat mutiara kalbumu
jatuh mengalir sunyi
menelan segala kebobrokan
yang mengelilingi mahligaimu
kau tetap seteguh karang
di dasar sukmamu
kau pendamkan hasrat
melihat dunia yang bercahaya
menyinari cakerawala hidup
anak-anakmu

Ibu

tiada pilih
antara kasih
keduabelasan pengarang jantungmu
lahir, besar dan dewasa oleh
prihatinmu, gigihmu mencurah ilmu dari hati
biar dirimu
sekadar menghafal dari lisan
dek huruf yang buta dalam mengenalmu

Ibu

sungguh cintamu
tiada tara
menonton aksi
kami laksana diserang garuda
dan sesekali
semanis madu
mencicip di bibir
dan mekar senyum kami

Ibu

impianmu yang satu
terlaksana belum
mengelilingi Kaabah
mencium Hajratul Aswad
menghirup panas gurun
menikmati dingin ke sumsum
tatkala asyik intan payungmu
mengatur murni kehidupan

namun kau tidak pernah
menyuarakan
kehendak hatimu
kerana kau
bukan egois
dirimu bukan seeorang
tapi
kau adalah
kami
dan kami
adalah kau

Ibu
moga jerit perihmu
sampai kepadaNya
beroleh pahala
tiada penghujungnya…

Thursday, May 6, 2010

Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2010

Majlis Pelancaran Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia bagi Tahun 2010 telah diadakan pada pagi yang mulia hari ini iaitu 6 Mei 2010 di Dewan Serbaguna SMK Tanah Putih, Kuantan.

Semua pelajar berhimpun di dewan untuk majlis ini. Cikgu-cikgu pun hadir juga.

Selepas majlis pelancaran, semua rekod bahan bacaan (NILAM) pelajar dicatatkan oleh guru tingkatan masing-masing.

Jom kita lihat gambar-gambar pada majlis pelancaran tersebut.

Tekan >SINI<


Wednesday, April 21, 2010

Program Mendekati Alam 2010

Program ini telah diadakan pada 17 April 2010 (Sabtu) di Taman Gelora, Kuantan. Semua Pengawas Pusat Sumber SMK Tanah Putih, Kuantan telah menyertai program ini.



Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan foto-foto yang menarik, sila layari Facebook (Badan Pengawas Pusat Sumber) > http://www.facebook.com/photos.php?id=113392048683978

Saturday, January 23, 2010

Peraturan Baru

Semua PPS!

Sila beri perhatian.

Di sini ada peraturan baru bagi kamu semua...

1. Cuti Hari Bertugas :
Semua PPS diberikan cuti hari bertugas sebanyak 3 kali setahun. (Dua bulan sekali sahaja)

2. Cuti Aktiviti Tahunan BPPS :
Semua PPS hanya diberikan 1 hari cuti bagi aktiviti tahunan. (Gotong-royong, perkelahan...)

3. Borang Permohonan Cuti :
Sila isikan borang memohon cuti dan serahkan kepada Ketua Harian sebelum mengambil cuti.

4. Kelulusan Permohonan Cuti :
Semua PPS yang memohon cuti mesti dapat kelulusan dari Unit Disiplin Badan Pengawas Pusat Sumber sebelum mengambil cuti tersebut.

5. Surat Doktor / MC :
Surat akuan doktor atau 'Medical Certificate' (MC) perlu serah kepada Katua Harian jikalau anda tidak dapat hadir untuk bertugas.


Sampai sini sajalah...

Ambil perhatian ya~

Gotong Royong #01

09 Januari 2010
8.00 pagi - 11.00 pagi

Pagi-pagi lagi...
Semua PPS dikenakan balik ke Pusat Sumber buat aktiviti gotong royong...
Kasihannya...

Semua kumpul di Perpustakaan dan dibahagikan kerja di bilik masing-masing...

----------------------------------------------------------

Bilik Sal







Cabut-cabut kertas lama pada papan notis...
Gantikan dengan yang baru.


Semua sibuknya...





Cikgu datang mengawasi dan buat 'spot check' pula...
----------------------------------------------------------

Perpustakaan





PPS baru ini susun buku dengan rajinnya...


PPS lama juga rajin menyapu =P


















Ajk yang 'serius' membuat papan notis di luar pusat sumber...

----------------------------------------------------------

BTV 1


AJK yang comel ni...






----------------------------------------------------------

BTV 2




----------------------------------------------------------

BTV 3

Tadi kan semua AJK yang 'serius' dan rajin?
Sekarang pula PPS yang rajin sekali...










Gotong-royong pun nak tangkap gambar??? xD

----------------------------------------------------------

BTV 4





----------------------------------------------------------

Nilai-nilai murni - PPS sentiasa mengamalkan ==


Rajinnya...


Sanggup menolong...


Bekerjasama...


Terima kasih kepada PPS yang menghadiri gotong-royong ini ya~