Monday, July 11, 2011

PILIHANRAYA MT DAN AJK DUN PPS 2011

Bermula Jumaat, 12.30 tengah hari pada 2 Julai 2011, semua Pengawas Pusat Sumber (PPS) SMK Tanah Putih yang layak telah menggunakan hak mereka untuk memilih perwakilan mereka dalam Badan Pengawas Pusat Sumber (BPPS). Acara pengundian ini berlangsung di Pusat Sumber Sekolah. Bermula dengan sesi pengenalan diri oleh PPS yang baru dilantik. Hal ini penting kerana mereka secara rasminya adalah warga PPS yang juga layak dipilih bagi jawatan AJK tingkatan 1 dan tingkatan 2.

Seterusnya semua ahli PPS diedarkandengan senarai anggota PPS mengikut tingkatan bagi memudahkan mereka membuat pilihan calon yang difikirkan sesuai. Acara pengundian pun bermula. Dan kertas undi dikumpulkan oleh MT sesi 2010/2011. Semua PPS mula meninggalkan Pusat sumber setelah tanggungjawab dilaksanakan sebaik mungkin.

Penutup acara pengundian hari ini ialah pengiraan undi oleh MT dan AJK tingkatan 5 PPS sesi 2010/2011. Senarai pendek untuk calon MT dan AJK sesi 2011/2012 telah dapat dibuat menerusi undian yang dibuat pada hari berkenaan. Namun begitu setiap calon akan menghadapi sesi temuduga yang akan diadakan pada 8 dan 9 Julai 2011 nanti.