Monday, June 13, 2011

MAKLUMAN : KEM SEHARI PPS


Kem Sehari PPS akan diadakan sebagaimana ketetapan yang berikut :

Tarikh : 18 JUN 2011 (SABTU)
Masa : 7.30 pagi - 2.00 ptg
Tempat : SMK Tanah Putih


Semua MT dan AJK yang terlibat diharap sudah bersiap sedia untuk menjayakan aktiviti tersebut....



.../ros

Wednesday, June 1, 2011

UJIAN BERTULIS & AMALI PPS SEMENTARA

Pada hari Sabtu 28 MEI yang lalu, PSS SMKTP telah mengadakan Ujian Bertulis dan Amali bagi PPS Sementara walaupun murid-murid lain sudah mula bercuti.

Mereka yang terlibat terdiri daripada PPS Sementara dari tingkatan 1 dan 2. Mereka dikehendaki lulus ujian bertulis dan amali ini sebelum dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMKTP yang baru. Antara latihan amali yang dijalankan ialah membalut buku dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menyusun buku di rak mengikut kategori. Program tersebut selesai pada pukul 2.00 petang.
Sebelum itu guru PSS yang diketuai oleh Puan Suriani Awang telah mengadakan mesyuarat JK PSS bertempat di Bilik SAL. Mesyuarat yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu selesai pada pukul 9.30 pagi. Guru yang hadir ialah : PUAN SURIANI AWANG, PUAN JAMILAH, PUAN CHAN SOW KIN, PUAN ROSHANILAWATEY JUSOH, PUAN LETCHUMY dan PUAN SAKINAH.

Usai mesyuarat PSS, guru-guru telah menyambung tugasan menyelia aktiviti pada hari itu.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua MT dan AJK yang terlibat menjayakan program tersebut.


.../ros