Mereka yang terlibat terdiri daripada PPS Sementara dari tingkatan 1 dan 2. Mereka dikehendaki lulus ujian bertulis dan amali ini sebelum dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMKTP yang baru. Antara latihan amali yang dijalankan ialah membalut buku dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menyusun buku di rak mengikut kategori. Program tersebut selesai pada pukul 2.00 petang.
Usai mesyuarat PSS, guru-guru telah menyambung tugasan menyelia aktiviti pada hari itu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua MT dan AJK yang terlibat menjayakan program tersebut.
.../ros
No comments:
Post a Comment