Friday, June 17, 2011

Kem Sehari PPS SMKTP 2011

Pada 18 Jun 2011 Unit Pusat Sumber telah mengadakan Kem Sehari untuk Pengawas Pusat Sumber(PPS). Semua pengawas pusat sumber yang sah dan sementara diwajibkan hadir.

Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan. Tujuannya adalah untuk
membolehkan semua warga PSS SMK Tanah Putih berkumpul dan berkenal mesra di samping dapat menjalinkan kerjasama dan mengeratkan perpaduan antara mereka. Selain dari PPS aktiviti ini juga di hadiri oleh semua 9 orang guru PSS.

Acara dimulakan dengan taklimat oleh Guru Media dan Perpustakaan Pn Suriani Awang dan diikuti oleh Ceramah Keterampilan Diri PPS yang diberikan oleh Encik Nazri (Kaunselor SMK Paya Besar). Banyak maklumat dan panduan yang dapat dikutip oleh PPS menerusi ceramah yang disampaikan dengan penuh bersemangat itu.

Acara diteruskan dengan aktiviti Senam Robik yang dikendalikan sepenuhnya oleh MT dan AJK PSS. Nampaknya semua PPS bergembira dan bersemangat melakukan senam robik tersebut dan idea AJK yang amat kreatif telah menjadikan aktiviti ini menarik minat semua PPS untuk turut serta.

Seterusnya masa untuk semua PSS membentuk kumpulan dan bertanding dalam acara permainan. Antara permainan yang dipertandingkan ialah Teng-teng Dadu dan Memanah Belon.

Acara berhenti rehat untuk makan tengah hari tepat pukul 1.00 tengah hari. Semua PSS ke kantin sekolah dan jamuan nasi ayam disediakan. Semua PSS begitu berselera. Apa tidaknya mereka semua sudahlah penat, basah pulak tu.

Program bersambung selepas rehat dengan aktiviti mencari harta karun. Beberapa barangan tersembunyi terpaksa 'buru' oleh PPS sebelum markah mereka dikira. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pukul 2.50 petang dan diikuti oleh acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Sebelum bersurai lebih kurang pada pukul 3.15 petang, semua PPS telah membersihkan dewan dan tempat yang digunakan untuk aktiviti sepanjang kem ini berlangsung. Semoga program ini meninggalkan kenangan yang indah kepada semua PPS.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru PPS yang terlibat :
- PUAN SURIANI,
- PUAN CHAN SOW KIN,
- PUAN JAMILAH,
- PUAN ROSHANILAWATEY,
- PUAN NORIZAN,
- PUAN AYU,
- PUAN SAKINAH dan
- PUAN WAN ROSLIZA....

Tahniah dan syabas....

.../rbj

No comments:

Post a Comment