Monday, July 4, 2011
Friday, June 17, 2011
Kem Sehari PPS SMKTP 2011
Program ini merupakan salah satu aktiviti tahunan. Tujuannya adalah untuk membolehkan semua warga PSS SMK Tanah Putih berkumpul dan berkenal mesra di samping dapat menjalinkan kerjasama dan mengeratkan perpaduan antara mereka. Selain dari PPS aktiviti ini juga di hadiri oleh semua 9 orang guru PSS.
Acara dimulakan dengan taklimat oleh Guru Media dan Perpustakaan Pn Suriani Awang dan diikuti oleh Ceramah Keterampilan Diri PPS yang diberikan oleh Encik Nazri (Kaunselor SMK Paya Besar). Banyak maklumat dan panduan yang dapat dikutip oleh PPS menerusi ceramah yang disampaikan dengan penuh bersemangat itu.
Acara diteruskan dengan aktiviti Senam Robik yang dikendalikan sepenuhnya oleh MT dan AJK PSS. Nampaknya semua PPS bergembira dan bersemangat melakukan senam robik tersebut dan idea AJK yang amat kreatif telah menjadikan aktiviti ini menarik minat semua PPS untuk turut serta.
Acara berhenti rehat untuk makan tengah hari tepat pukul 1.00 tengah hari. Semua PSS ke kantin sekolah dan jamuan nasi ayam disediakan. Semua PSS begitu berselera. Apa tidaknya mereka semua sudahlah penat, basah pulak tu.
Program bersambung selepas rehat dengan aktiviti mencari harta karun. Beberapa barangan tersembunyi terpaksa 'buru' oleh PPS sebelum markah mereka dikira. Aktiviti ini berakhir lebih kurang pukul 2.50 petang dan diikuti oleh acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang.
Sebelum bersurai lebih kurang pada pukul 3.15 petang, semua PPS telah membersihkan dewan dan tempat yang digunakan untuk aktiviti sepanjang kem ini berlangsung. Semoga program ini meninggalkan kenangan yang indah kepada semua PPS.
Terima kasih diucapkan kepada
- PUAN SURIANI,
- PUAN CHAN SOW KIN,
- PUAN JAMILAH,
- PUAN ROSHANILAWATEY,
- PUAN NORIZAN,
- PUAN AYU,
- PUAN SAKINAH dan
- PUAN WAN ROSLIZA....
Tahniah dan syabas....
.../rbj
Monday, June 13, 2011
MAKLUMAN : KEM SEHARI PPS
Wednesday, June 1, 2011
UJIAN BERTULIS & AMALI PPS SEMENTARA
Pada hari Sabtu 28 MEI yan
g
lalu, PSS SMKTP telah mengadakan Ujian Bertulis dan Amali bagi PPS Sementara walaupun murid-murid lain sudah mula bercuti.
Mereka yang terlibat terdiri daripada PPS Sementara dari tingkatan 1 dan 2. Mereka dikehendaki lulus ujian bertulis dan amali ini sebelum dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber SMKTP yang baru. Antara latihan amali yang dijalankan ialah membalut buku dalam tempoh masa yang ditetapkan dan menyusun buku di rak mengikut kategori. Program tersebut selesai pada pukul 2.00 petang.
Usai mesyuarat PSS, guru-guru telah menyambung tugasan menyelia aktiviti pada hari itu.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua MT dan AJK yang terlibat menjayakan program tersebut.
.../ros
Labels:
Aktiviti PSS,
mesyuarat
Monday, May 16, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
